Free Web space and hosting from xaper.com
Search the Web

Buletin Homeopathy

Berita-Berita Homeopathy Malaysia


Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia                       Homeopathy & Akupunktur di Kuala Lumpur & Selangor
Main Campus                                                            128 Jalan Raja Abdullah, Kg Baru, Kuala Lumpur
No.122 Taman Universiti, Kg gelang Mas,                     atau
Pasir Mas, Kelantan, Malaysia                                     1-1, Jalan 9/9C [Dekat Masjid Hijau]
Tel: 019- 9401915                                                     Pusat Bandar Baru, Bangi, Selangor Tel 019-9401915

Kelantan. Tel: 09-797 6948
Kuala Lumpur 03-26926549

Pusat Bandar Baru Bangi, Selangor 019-9401915



Faculty E mail:
Berita Utama | Berita Homeopathy | Tips Perubatan | Penyembuhan Ajaib | English Section | Our Address
Homeopati Dapat Kolej Baru Pusat Perubatan Homeopati dibendang sawah padi ini akan dilengkapi dengan Pusat perubatan Utama, Wad Pesakit, Rumah Homestay, Dewan Kuliah, 24 buah chalet, 2 dormitori, 4 buah kolam ikan, satu kolam renang, sebuah masjid dan sebuah Pusat tahfiz
 
Tempat:
Pasir Mas,
kelantan.


Kira-kira 350 orang terdiri dari doktor-doktor pakar dalam perbagai bidang perubatan komplementari dari seluroh dunia telah menghadiri Konferen Perubatan Homeopati Antarabangsa yang ke 5 peringkat Malaysia dan yang ke 38 peringkat Dunia telah diadakan selama 3 hari di Kota Bharu, kelantan baru-baru ini.

Sebanyak 16 kertas kerja telah dibentangkan pada persidangan tersebut khususnya dalam perawatan kanser.

Konferen yang dianggap terbesar ini telah ditajan bersama oleh Fakulti Perubatan Homeopati malaysia, Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia, kerajaan kelantan, Tourism Malaysia dan Open International University for Complementary Medicine, Sri Lanka.

"Konferen ini diadakan di Malaysia bertujuan memndedahkan keupayaan penyembuhan dalam perubatan komplementari dalam berbagai bidang penyakit, khususnya kebaikan rawatan homeopati dan juga akupunktur dalam merawat pelbagai penyakit kronik seperti asma, barah, batu karang, hernia, migrin, strok, anti dadah dan sebagainya." demekian kata Prof Dr Sir Nik Omar selaku pengerusi Konferen tersebut.

Prof Dr Nik dianugerah 'Knighthood of Malta'

"Keyakinan negara-negara luar sepert Spanyol, Brazil, USA, India dan Pakistan menghantar pelajar-pelajar mereka kesini menunjukkan bahawa negera kita malaysia telah dipilih sebagai salah satu pusat perkembangan ilmu-ilmu perubatan komplementari terbaik dirantau ini, "jelas Nik Omar.

Dalam majlis itu, Dr Nik Omar telah dianugerahkan 'Knighthood of Malta' yang membawa gelaran 'Sir' yang disampaikan oleh wakil dari 'Knight Komander' dari Spain, Prof Dr Sir Josep Toradebella dan Prof Lady Nuri.
Jasa-Jasa Dr Nik Omar

Anugerah ini diberikan kepada Dr Nik Omar atas jasa-jasa beliau yang begitu besar kepada perkembangan dan pembangunan perubatan alternatif dan komplementari di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa:

Dianatara jasa-jasa beliau ialah: Orang pertama menubohkan kolej perubatan homeopati di Malaysia, orang yang mula-mula pengasas Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Malaysia. Beliau juga pengasas Doktor Tanpa Batasa diperingkat antarabangsa. Beliau adalah pengerak utama Liga Perubatan Homeopati Asia.

Beliau adalah orang Melayu pertama mengajar dan mengembangkan ilmu perubatan akupunktur China kepada rakyat malaysia dengan tertubohnya Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia di Kelantan.

Khidmat bakti Antarabangsa


Beliau telah banyak kali mengetuai Pasukan Sukarelawan malaysia bertugas dimerata tempat di dunia termasuk di Afghansitan, pakistan, India, Sri Lanka , Thailand, dll.

Pada upacara yang sama, Menteri besar kelantan, Tuan Guru dato Nik Abdul Aziz Nik Mat telah secara rasminya melancarkan projek tapak baru Hospital Homeopati dan kmapus baru bagi fakulti Perubatan Homeopati Malaysia yang sedang dibina diatas tanah seluas 8.5 ekar di Kg Gelang Mas, pasir Mas, kelantan, dengan kos menelan belanja kira-kira RM 3.5 juta.


Gambar foto diatas KDYMM Al-Sultan Kelantan, mencemar dulia merasmikan persidangan homeopati periingkat antarabangsa di kelantan baru-baru ini